• +603-3280 5152/5153/5154 (BJ) / +603-5522 3499 (SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

Transisi Pelajar Sekolah ke Universiti

Kehidupan kampus adalah suatu fasa baharu bagi siswa yang baru melangkah ke menara gading. Perjalanan sebagai penuntut universiti adalah sesuatu yang asing dan berbeza daripada alam persekolahan. Transisi ini memerlukan siswa segera beradaptasi untuk menempuh cabaran universiti sekali gus mendewasakan diri.

Sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman sebegini, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS), Universiti Selangor (Unisel), Dr. Hazeeq Hazwan Azman berkongsi pendapat berkaitan isu ini berkata, cara pembelajaran di universiti juga sangat berbeza kerana setiap kerja khusus, kuiz dan ujian akan menyumbang kepada markah keseluruhan, bukan peperiksaan akhir sahaja.

"Maka, siswa perlu fokus sepanjang semester dan tidak boleh culas dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, siswa akan sedar bahawa untuk lulus sesuatu subjek itu hanya memerlukan disiplin diri untuk tidak ponteng kelas, menyiapkan segala kerja khusus dan menjawab semua kuiz, ujian dan peperiksaan akhir," katanya.



Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us