• +603-3280 5152/5153/5154 (BJ) / +603-5522 3499 (SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

MODUL STEM UNISEL DIIKTIRAF DI PERINGKAT NASIONAL



Universiti Selangor (UNISEL) telah dianugerahkan 2 perak dan 2 gangsa dalam ‘STEM Computational Thinking Game Design Competition’ yang berlangsung sempena 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya (UM) pada 1 Ogos 2018. Dua modul matematik yang dibangunkan oleh para pensyarah daripada Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS) telah mendapat perak manakala modul Kimia dan Sains Forensik hasil kerjasama antara CFGS dan Jabatan Sains Bioteknologi (FKSH) menerima pengiktirafan gangsa.

Delegasi UNISEL, diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan Bin Azman, terdiri daripada 8 orang pelajar dan 10 orang pensyarah. Sempena seminar tersebut, 3 kertas kerja penyelidikan STEM UNISEL turut dibentangkan hasil daripada kajian sampingan semasa projek Mentor Mentee STEM yang berlangsung sepanjang 2017 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut Dr. Hazeeq, pengiktirafan ini membuktikan kredibiliti modul-modul ‘Fun with STEM’ yang dibangunkan oleh para pensyarah UNISEL. Beliau berharap kemenangan ini akan meletakkan UNISEL sebagai antara peneraju utama STEM di Malaysia. STEM UNISEL merupakan ahli National STEM Movement dan dalam masa terdekat bakal terlibat dalam perbincangan STEM ASEAN di Acheh, Indonesia. Semoga penglibatan UNISEL ini akan menjadi nadi penggerak kepada pemerkasaan STEM di peringkat negara dan serantau Asia.


Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us