• +603-3280 5152/5153/5154(BJ) / +603-5522 3442/3499(SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

UNISEL Menjadi Penganjur Bersama Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik

Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik Pertama 2018
Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik Pertama 2018
Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik Pertama 2018
[dari kiri] Dr Norazah (UNISEL), YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh), Dato' Prof. Dr. Noraini Idris (Pengerusi Gerakan STEM), Dr Hazeeq Hazwan (UNISEL)


Gerakan STEM Kebangsaan (National STEM Movement) diketuai oleh Dato Prof Dr Noraini Idris, Pengerusi Gerakan STEM Kebangsaan telah berjaya menganjurkan Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik Pertama 2018 (1st Asic Pasific STEM Roundtable 2018) yang diadakan pada 8-9 November 2018 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur. Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada para pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Husein Onn (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Selangor (UNISEL) sebagai satu-satunya IPTS yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Universiti Selangor diwakili oleh Dr Hazeeq Hazwan bin Azman yang bertindak sebagai ahli Jawatankuasa Saintifik serta Dr Norazah Mohammad Nawawi yang berperanan sebagai Timbalan Setiausaha. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh. Disamping menjadi perasmi, YB Nurul Izzah juga telah menyampaikan ucaptama bagi sesi ‘Women in Science’ sesuai dengan peranan beliau sebagai ketua Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Acara itu dihadiri oleh perwakilan dikalangan penggubal dasar, industri dan ahli akademik dari rantau Asia Pasifik iaitu Australia, Finland, Hong Kong, Jepun, Singapura, Indonesia, Arab Saudi dan Malaysia.

Program ini adalah penting bagi mengumpulkan ahli dari rantau Asia Pasifik untuk membentuk sebuah konsortium bagi menyediakan platform membincangkan isu STEM, cabaran dan penyelesaian yang boleh dilakukan demi meningkatkan minat bidang ini di kalangan masyarakat. Di antara objektif utama Persidangan Meja Bulat STEM Asia Pasifik Pertama 2018, adalah bagi membentuk rangkaian antara pemimpin STEM dari rantau Asia Pasifik, bertukar dan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan dalam mempromosikan STEM di rantau Asia Pasifik, mengenalpasti isu berkaitan STEM di rantau Asia Pasifik, membina jaringan bersama industri dan komuniti bagi menyokong inisiatif STEM dan menyediakan rancangan hala tuju STEM di negara serantau.

Sebanyak enam tema utama telah dibincangkan untuk mengenal pasti resolusi dan pelan tindakan iaitu Wanita dalam STEM, Pemikiran Aras Tinggi, Penglibatan Komuniti, Pembelajaran berasaskan permainan, keusahawanan STEM serta Penglibatan Industri berasaskan Teknologi (‘Women in Science, Higher Order Thinking, Community Engagement, Play-based Learning, STEMpreneurship, Engagement of Technology based Industry).

Program ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan dan resolusi dan pelan tindakan yang dicadangkan dalam program ini telah disampaikan kepada wakil Kementerian Pendidikan Malaysia semasa majlis penutupan.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us