• +603-3280 5152/5153/5154(BJ) / +603-5522 3442/3499(SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

UNISEL RAIH EMAS ANUGERAH MENTOR MENTEE STEM MTE 2019

Menteri Besar Selangor mencuba aktivti modul forensik STEM Squad UNISEL
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri MESTECC
Juri mencuba salah satu eksperimen sambil diterangkan oleh mentor UNISEL
Peserta mengambil sampel daripada tapak pembunuhan sebagai sebahagian aktiviti modul
Pelajar menjalankan eksperimen dalam modul sains forensik
Pengerusi Gerakan STEM Kebangsaan melawat booth UNISEL


Pasukan UNISEL STEM Squad daripada Universiti Selangor (UNISEL) telah dianugerahkan pingat emas menerusi Anugerah Mentor Mentee STEM bersempena Ekspo Teknologi Malaysia 2019 (MTE 2019) yang berlangsung pada 21-23 Februari 2019.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pingat emas tersebut diraih menerusi modul Sains Forensik yang telah dibangunkan oleh para pensyarah daripada Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS), Institut Bio-IT dan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat UNISEL dan diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan selaku Koordinator STEM UNISEL.

Modul Sains Forensik telah menarik minat juri kerana mengandungi elemen fizik, kimia, biologi dan matematik. Konsep detektif yang diketengahkan telah diilhamkan daripada rancangan CSI yang popular di kaca TV suatu ketika dahulu. Modul ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan sekaligus menangkap minat para pelajar untuk mendalami ilmu Sains yang dipelajari di sekolah selain membuang perasaan gerun terhadap bidang STEM.

Menurut Dr Hazeeq Hazwan, beliau berasa amat gembira di atas anugerah ini dan terharu kerana usaha membangunkan modul Sains Forensik semenjak 2016 kini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan CFGS turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan universiti yang memberi sokongan kepada pasukannya sepanjang pertandingan ini.

“Pihak kami menerima pelbagai respons dan maklum balas positif bukan sahaja daripada pengunjung yang hadir pada MTE 2019, malah daripada pihak kementerian. Saya berasa amat berbangga kerana berjaya membawa nama universiti ke peringkat ini dan berharap agar UNISEL akan terus mendapat perhatian dan pengiktirafan dalam bidang STEM,” ujar beliau.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us