• +603-3280 5152/5153/5154(BJ) / +603-5522 3442/3499(SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

PELANCARAN PERSATUAN BAHASA MANDARIN

Majlis Pelancaran Persatuan Bahasa Mandarin Universiti Selangor (UNIMAND) disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Presiden/Naib Canselor
Foto bersama ahli Persatuan Bahasa Mandarin Universiti Selangor (UNIMAND)


Majlis Pelancaran Persatuan Bahasa Mandarin Universiti Selangor (UNIMAND) yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor UNISEL pada 17 Jun 2019 di Auditorium Al-Ghazali CFGS UNISEL. Turut hadir bersama Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato' Hj Mohd Salleh Timbalan Naib Canselor HEP, Puan Hajjah Rokma Pendaftar, Cikgu Amidi, Prof. Madya Dr. Maegala a/p Nallapan Maniyam Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Timbalan Dekan Akademik Pusat Pengajian Asasi dan Umum, ketua-ketua jabatan dan barisan pensyarah.

Penasihat persatuan, En. Ng Ming Yip berharap agar dengan penubuhan persatuan UNIMAD akan menyumbang kepada kecemerlangan UNISEL secara amnya disamping memberi impak positif kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya iaitu memperkasakan kemahiran komunikasi dalam bahasa berkenaan dan menjadikan ia sebagai bahasa ketiga terpenting selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Presiden & Naib Canselor UNISEL turut menyatakan bahawa persatuan UNIMAD merupakan titik permulaan yang baik bagi mempromosikan UNISEL sebagai destinasi menyambung pengajian kepada masyarakat luar terutama masyarakat Cina.

Sekurang-kurangnya 80 orang pelajar merupakan ahli UNIMAD hadir bersama-sama memeriahkan majlis.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us