• +603-3280 5152/5153/5154(BJ) / +603-5522 3442/3499(SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

KONSERVASI SUNGAI TARIK MAHASISWA DEKATI ALAM SEKITAR

Para peserta yang terlibat dalam program konservasi sungai
Sebahagian sampah-sarap yang berjaya dikumpulkan
Menyemai pokok nipah
Menyemai anak pokok berembang
Mendayung sambal mengutip sampah
Penyampaian cenderahati kepada pihak Persatuan Pendayung Kelip-kelip Kg Kuantan
Penyampaian cenderahati kepada pihak Inspirasi KAWA


Sejumlah 237 kg sampah-sarap berjaya dikutip oleh 17 orang mahasiswa dari kelas MPU3452 Community Service G1, Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya pada 15 Jun 2019 yang lalu. Program yang dibimbing oleh Cik Hasliza binti Mohamad Ali, Pensyarah Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) ini berjaya mendapat kerjasama baik dari Persatuan Pendayung Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Insipirasi KAWA.

Menurut Pengarah Aktiviti Konservasi Sungai Selangor, Saudari Nurul Aina binti Mohd Anuar, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada mahasiswa tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai dan memulihara alam sekitar. Pelbagai jenis sampah-sarap berjaya dikutip seperti botol plastik, kaca dan tin/aerosol. Manakala sebanyak 86 kg sampah-sarap yang tidak boleh dikitar semula juga turut dikutip. Kesemua sampah-sarap ini akan diasingkan terlebih dahulu sebelum dikitar semula atau dilupuskan.

Dalam program itu juga para mahasiswa diberikan taklimat tentang kegiatan konservasi sungai oleh Encik Masbudi Malek selaku Penyelaras Konservasi Sungai Selangor dari Inspirasi KAWA. Mereka turut berpeluang untuk mempelajari cara menyemai Pokok Berembang (Sonneratia Caseolaris Sp) dan Pokok Nipah (Nypa Fruticans Sp). Banyak ilmu baru yang telah ditimba oleh mahasiswa sepanjang program ini berlangsung.

Sayugianya, penglibatan pelajar-pelajar dalam menjadi sukarelawan sama ada di dalam aktiviti membersihkan sungai atau apa-apa sahaja aktiviti khidmat komuniti atau khidmat masyarakat perlulah disokong sepenuhnya oleh setiap pihak supaya ianya menjadi satu budaya yang dapat memupuk sikap kebertanggungjawaban dalam diri mereka.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us