• +603-3280 5152/5153/5154 (BJ) / +603-5522 3499 (SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

Instafamous Jadi "Hamba" SocMed


Lambakan instafamous atau lebih dikenali sebagai influencer di laman sosial, terbukti mereka mampu menjana pendapatan pada usia muda dengan reviu produk menerusi instagram atau membuat Live di laman facebook.

Justeru, tidak hairanlah dengan hasil pendapatan yang lumayan, membuatkan sesetengah daripada mereka sanggup menjadi ‘hamba’ media sosial sehingga tidak menghiraukan kehidupan peribadi sendiri. Malah lebih parah boleh menyebabkan berlakunya kemurungan.

Ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Unisel, Dr Hazeeq Hazwan Azman yang mana jika perlakuan ini tidak dibendung lebih awal, boleh mendatangkan kesan yang berbahaya.

“Seseorang ‘hamba’ media sosial boleh dikategorikan melalui ciri-ciri berikut; pertama, apabila ada notification atau dengar bunyi telefon cepat-cepat dia nak tengok telefon; kedua, dia nak kejar like dan follower; ketiga, dia tak boleh hidup kalau tak ada akses internet dan sosial media; keempat, banyak habiskan masa dengan telefon berbanding berbual bersama rakan-rakan,” katanya ketika dalam program Sembang Siswa Kampus Uols bertajuk Instafamous: Jadi ‘Hamba’ Socmed? bersempena Hari Terbuka Unisel 2018 yang bertemakan Karnival Sukan dan Kebudayaan.

Turut sama dalam program tersebut, instafamous dan juga model, Engku Sulwani dan Alya Iman Azmil Mustapha serta moderator merangkap editor Kampus Uols, Noor Fazidah Umar.

Menurut Dr Hazeeq lagi, dalam kajian ada menyatakan bahawa pengaruh media sosial sama seperti pengambilan dadah. Ini kerana otak akan menghasilkan dopamine yang akan bertindak balas sama seperti pengambilan dadah dan seterusnya memberi rasa bahagia. Walaupun begitu, kesan sampingannya menyebabkan, seseorang itu akan mahu lagi dan lagi. Jika tidak dikawal lebih awal boleh mendatangkan kemurungan.

Bagi Engku Sulwani dan Alya Iman Azmil Mustapha, instafamous dan model terkenal tanah air ini mengakui, media sosial sangat penting dalam kehidupan mereka memandangkan ini adalah sumber pendapatan dan tempat mencari penaja.

“Saya tidaklah terlalu mengejar follower kerana bagi saya yang penting saya ingin mencari pendapatan dan dalam masa yang sama saya memang minat dalam bidang modelling,” kata Alya Iman Azmil Mustapha yang aktif dalam bidang peragaan sejak dua tahun yang lalu.

“Saya akui kalau tak ada internet memang sangat terasa sebab itu adalah pendapatan saya. Saya perlu menggunakan media sosial untuk update dan reviu produk yang saya guna. Tapi tidak sampai ke tahap kemurungan. Ada masanya kita perlu enjoy dengan kehidupan kita,” katanya yang bakal ke Kashmir dua minggu lagi untuk tujuan fotografi di sana.

Dr Hazeeq Hazwan yang merupakan Ikon Unisel dan juga pemegang rekod sebagai penuntut termuda dalam usia 29 tahun menerima PhD di Unisel turut merasmikan portal Kampus Uols yang telah bermula sejak 1 Mac lalu.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us