• +603-3280 5152/5153/5154 (BJ) / +603-5522 3499 (SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

PELAJAR TAHUN ASAS PENGURUSAN (UNISEL) MENYANTUNI ANAK-ANAK KELAINAN UPAYA (OKU)


Majlis Kasih Aidilfitri anjuran pelajar Tahun Asas Pengurusan Universiti Selangor semester 1 berlangsung dengan jayanya, melibatkan anak-anak kelainan upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Jalinan Kasih.

Majlis Kasih Aidilfitri ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Tuan Muhammad Hanafi bin Maulud. Beliau juga merakamkan sepenuh penghargaan kepada seluruh ahli jawatankuasa program yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Tuan Muhammad Hanafi bin Maulud

“Semoga usaha murni ini diteruskan lagi untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu memberdaya OKU. Kerajaan Negeri Selangor dan JKM juga sentiasa menyokong usaha murni seperti ini yang tentunya dapat meningkatkan kesedaran dan dapat juga meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti OKU yang vulnerable dan marginalise. Selain itu, mewujudkan kesedaran juga merupakan antara pendekatan yang efektif dan relevan dalam mendekati dan menghayati denyut nadi rakyat marhain. Ini memandangkan senario sekarang ini yang memerlukan kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam merealisasikan program yang telah ditetapkan bagi membantu golongan sasar.” ujar beliau.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa dari anak-anak kelainan upaya (OKU), penyerahan sumbangan berupa duit raya kepada anak-anak kelainan upaya (OKU), cabutan bertuah serta persembahan artis jemputan daripada 40k, Orkes A. Hizadin dan Dayana Amerda.


Persembahan Anak-Anak OKU
Cabutan Bertuah
Penyerahan Sumbangan Duit Raya
Anak-Anak OKU menjamu selera

Majlis berlangsung di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam itu dihadiri YBhg. Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL dan YBhg Tuan Haji Amidi bin Abd Manan, Dekan, Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) UNISEL.


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bersama Anak-Anak OKU

Turut memeriahkan majlis adalah Ustaz Ismail Hashim, Pengerusi Sekretariat Peduli OKU Selangor, Pn Julia bt Hj Masan, Penyelia PPDK Puncak Jalinan Kasih, Pn Rahayu Binti Hassan, Penyelaras Program Tahun Asas CFGS UNISEL dan penasihat program.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us