• +603-3280 5152/5153/5154 (BJ) / +603-5522 3499 (SA)
  • +6012-340 1740
  • dean_cfgs@unisel.edu.my

CFGS Ke Arah Pensijilan ISO Kesungguhan staf harus dipuji



Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato' Hj Mohd Salleh, Dekan CFGS berterima kasih atas kesungguhan staf CFGS dalam usaha yang ditunjukkan untuk mendukung matlamat universiti untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti) dan ISO 21001:2018 (Sistem Pengurusan – Organisasi Pendidikan). Penghargaan itu disampaikan oleh beliau sewaktu majlis penutup audit dalaman ISO yang berlangsung pada 24 September 2018.

Proses persediaan yang diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan Bin Azman, Timbalan Dekan Akademik CFGS dibantu oleh penyelaras kualiti, Pn. Rahayu Md Khalid turut melibatkan seluruh warga staf akademik dan pentadbiran CFGS. Sepanjang proses ini, CFGS telah dikunjungi oleh auditor dalaman sebanyak dua kali pada 16 Julai 2018 dan 4 September 2018 diikuti dengan audit susulan 24 September lalu.



Beberapa isu utama adalah persediaan fail kursus dan kemudahan OKU. Staf telah bertungkus lumus mengemaskini fail kursus dan mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu lain yang ditimbulkan oleh auditor dalaman. Semoga kerja kuat dan komitmen staf CFGS dapat membantu universiti ke arah pensijilan ISO sekaligus meningkatkan kualiti dan produktiviti CFGS untuk kepuasan pelanggan khususnya para pelajar.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us