I-CONSPADU 2021

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE PRACTICES, DEVELOPMENT AND URBANISATION 2021

Persidangan antarabangsa International Conference on Sustainable Practices, Development and Urbanisation 2021 (I-ConSPADU 2021)’ anjuran Pusat Pengajian Asasi dan Umum, (PADU), UNISEL telah dianjurkan dengan jayanya secara atas talian pada 16 November 2021. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Persidangan dengan tema ‘Reimagining Resilient Sustainability: An Integrated Effort in Research, Practices & Education’ ini telah menjadi medan perkongsian ilmu oleh 125 orang penyelidik dan sarjana bidang sains dan teknologi, perniagaan dan pengurusan, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan dan perniagaan. Melalui kertas persidangan yang dibentang, cadangan dan idea yang tuntas pada masa kini telah yang bersesuaian dengan tema kelestarian dan pembangunan mampan telah dikongsikan dan diperbincangkan.

Ucaptama telah disampaikan oleh Dr. James Wilton-Ely, seorang Professor dari Imperial College London, yang telah berkongsi teknologi baru berkaitan cecair ionik demi kelestarian alam sekitar. Sejurus selepas ucaptama, satu forum kelestarian yang membariskan tiga orang panel hebat iaitu Dr. Thomas Weinberger, dari STIRtec Austria, Prof. Madya Dr. Amir b. Shaharuddin, dari Yayasan Waqaf Malaysia serta Prof. Madya Dr. Amjad M. Hussain dari Marmara University, Turkey telah dijalankan.

Menurut Puan Hafiza Hamid selaku Pengarah, tema yang dipilih, bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial dan merealisasikan pembangunan mampan dalam teknologi dan industri. Ia juga dapat membina amalan pendidikan, meneroka komitmen politik dan membentuk semula kemampanan ekonomi. Dengan kejayaan penganjuran ini, Dekan PADU, Prof. Madya Dr Maegalla Nallapan Maniyam merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan antarabangsa yang julung kali diadakan ini. Kertas persidangan akan diterbitkan sebagai prosiding berindeks Scopus dan Wos. Persidangan ini memupuk rasa cinta dan kepentingan pendidikan, ilmu dan inovasi kepada para peserta serta melahirkan profesional dan cendekiawan yang beretika serta memastikan alam sekitar hijau dan mampan.