Treasure Hunt

Pada 14 Disember 2022 bersamaan hari Rabu, telah berlangsung aktiviti ‘Treasure Hunt’ bagi pelajar tahun asas semester 1 anjuran Persatuan Pelajar Tahun Asas (FOSS). Seramai 84 orang pelajar semester 1 yang merangkumi Tahun Asas Sains, Tahun Asas Teknologi Maklumat, Tahun Asas Pengurusan, Tahun Asas Sastera, Tahun Asas TESL dan termasuk trek Huffaz telah menyertai dan seramai 25 orang pelajar semester 2 dan 3 termasuk alumni menjadi fasilitator bagi aktiviti ini. Tujuannya diadakan adalah bagi meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru ke Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) disamping memperkenalkan barisan pengurusan PADU, warga PADU yang terdiri daripada pensyarah dan staf pentadbiran serta fasiliti-fasiliti yang ada disini. Aktiviti ini bukan sahaja merapatkan ukhwah diantara pelajar semester 2 dan 3 bersama pelajar semester 1, malah bagi pelajar-pelajar merasa semangat kekeluargaan yang kukuh selama menjalani pengajian di peringkat asasi.